Thursday 1 October 2015

Mengapa Wahabi Sangat Dimusuhi..


Istilah 'Wahabi' sudah tidak asing lagi di telinga kita. Hampir semua umat Islam di merata pelusuk dunia pernah dengar nama ini,Rata-rata masyarakat Islam sedunia telah dimomokkan, dipermainkan, dan ditipu dengan istilah Wahabi. Sesiapa yang mengajak kepada Al-Quran dan Sunnah mengikut pemahaman para Sahabat Nabi SAW, mengajak kepada akidah mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik dan khurafat, mengajak kepada beramal mengikuti petunjuk Sunnah serta meninggalkan amalan bidaah yang telah mendarah daging dalam masyarakat, mereka ini tidak akan terlepas dari digelar wahabi. hanya berapa ramaikah yang benar-benar faham atau tahu kenapa nama Wahabi ini telah di momok-momokkan oleh segolongan :-

1) Golongan Sufi (Aswaja)

Ini kerana hanya Ahli Sunnah yang digelar Wahabi sahaja mengajak mereka kembali pada tauhid yang benar. Apabila dakwah pada sunnah ini bertentangan dengan perkataan guru-guru mereka yang dianggap oleh mereka sebagai mursyid, habib atau wali Allah maka kepercayaan (ketaksuban) terhadap guru mereka tercabar.


Bagi mereka, tidak mungkin perkataan guru-guru mereka bertentangan dengan sunnah atau ajaran Rasulullah saw. Atas sebab itulah (ketaksuban/sombong/ego) mereka perlu membenci Wahabi bagi melindungi kepercayaan mereka selama ini walaupun bertentangan dengan ajaran Rasulullah saw.
Contoh minta di kubur oleh Sufi;

a. http://www.youtube.com/watch?v=XXpPoMS9N9s

b. http://www.youtube.com/watch?v=e2AOUcvcv7c


2) Golongan Syiah 

Ini kerana hanya Ahli Sunnah yang digelar Wahabi saja yang membuka pekung di dada mereka. Anda tidak akan jumpa Sufi, Ahbash, Muktazilah, Jahmiyyah, Mujasimmah dan lainnya mentahzir (menasihati orang ramai supaya menjauhi ajaran/pemikiran mereka) Syiah. Hanya Ahli Sunnah yang digelar Wahabi saja melakukan perkara ini.

Atas sebab itulah mereka menggembar-gemburkan perkataan Wahabi pada hari ini kerana mereka nampak perkara ‘Wahabi’ ini memecahbelahkan kesatuan jemaah Ahli Sunnah. Apabila Ahli Sunnah berantakan maka kuasa politik/pemerintahan mereka semakin kuat.
Contoh kesesatan Syiah yang memuja kubur;

a. http://www.youtube.com/watch?v=9SS6cq6Ve1g
Contoh Syiah ibadah menyanyi beribadah yang mirip nyanyian Sufi. Bezanya Sufi tidak memukul badan, menghayunkan tangan sahaja;

b. http://www.youtube.com/watch?v=HaxM9oUv8FU


3) Golongan Anti Hadith (mereka menggelarkan diri mereka Quranist) 

Ini kerana hanya Ahli Sunnah yang digelar Wahabi sahaja membongkar kesalahan mereka akan tafsiran Al-Quran dan menunjukkan hadith juga merupakan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw.

Anti Hadith mengatakan para sahabat Rasulullah saw telah murtad dan mereka telah melakukan pengubahsuaian terhadap agama Islam.

Menurut akal mereka Al-Quran sudah mencukupi dan hadith tidak perlu. Sekiranya hadith diperlukan maka Al-Quran tidak lengkap. Oleh itu mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang menerima hadith.
Ahli Sunnah membantah mereka kerana hadith juga adalah wahyu yang menerangkan cara-cara melaksanakan Al-Quran dalam kehidupan. Contohnya bab pengurusan jenazah. Seandainya Anti Hadith menolak hadith, maka jenazah mereka juga hendaklah menurut Al-Quran juga. Lihat di sini tatacara menguruskan jenazah jika menurut Al-Quran semata-mata :

https://www.facebook.com/notes/abu-nur-al-atsary/menguruskan-jenazah-quranistanti-hadith/718564098188045

Contoh tafsiran salah Anti Hadith dimana wanita boleh menjadi imam kepada lelaki dalam solat;

a. http://www.youtube.com/watch?v=-1fMjs3IrBs
 
Contoh tafsiran salah Anti Hadith (Sisters In Islam) yang mengatakan Islam (di Malaysia khususnya) mendiskriminasi wanita;

b. http://www.youtube.com/watch?v=E3WgVhIEwTA




4. Mengapa Orientalis (Yahudi, Musyrikin dan barat umumnya) membenci Wahabi?
 
Ini kerana hanya Ahli Sunnah yang digelar Wahabi sahaja benar-benar mengajak manusia kembali ke zaman kegemilangan Islam dengan mengajak kesatuan umat Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Seandainya umat Islam benar-benar bersatu, maka para orientalis tidak dapat lagi mengaut kekayaan dan keuntungan hasil dari pencerobohan dan penindasan terhadap manusia lainnya.
Mereka perlu memastikan umat Islam perlu jauh dari Al-Quran dan Sunnah. Mereka belajar dari sejarah di zaman kegemilangan Islam dimana umat Islam pada ketika itu sangat kuat kerana bersatu. Umat Islam berselisih pendapat pada ketika itu hanya dari sudut pemahaman fiqh tetapi hati-hati mereka tidak berselisih dan tetap kuat berpegang pada Al-Quran dan Sunnah.

Oleh sebab itu mereka dan media mereka mengatakan Ahli Sunnah yang teguh berpegang pada Al-Quran dan Sunnah adalah golongan ekstremis, pengganas dan konservatif. Mereka menggunakan perkataan ‘Wahabi’ hanya untuk memecahbelahkan kesatuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.


5. Para pembesar :- 

mereka menggunakan istilah ini untuk menakut-nakutkan orang-orang awam bahwa fahaman Wahabi itu dari pengganas, dan golongan ekstrim, (radikal) supaya masyrakat tidak mempelajari ilmu agama sebenarnya dan tetap dalam kejahilan.


6. Cendiakawan Muslim :- 

mereka tidak punya dalil, hanya pakai akal. Kerana agama Islam bukan ikut pendapat, akal, rasa, perasaan, tetapi nas yang terang dari al-Quran dan as-Sunnah, mereka tiada hujah, jadi untuk mematikan sebuah perdebatan, mereka gunakan senjata Wahabi.


[Apa itu Wahabi atau siapa itu Wahabi ?]

Wahabi ialah nama yang di kaitkan dengan seorang Ulama bernama Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab wafat pada tahun 1206 H.

Kenapa dengan Syeikh ini pula?

Dia menghadapi cabaran dan dugaan pada zamannya di Semenanjung Tanah Arab, berdekatan dengan Riyadh, Arab Saudi pada hari ini, di mana pada zamannya banyak perbuatan Khurafat, perbuatan Syirik, Kufur, menyembah selain daripada Allah, menyembah kubur, menyeru wali-wali, menyeru orang mati. Kubur-kubur di buat masjid.Apabila sakit tidak berdoa kepada Allah, mereka menyeru wali-wali. Ini semua perbuatan kufur.

Maka Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab merasakan kewajipan untuk mengajak umat Islam di Tanah Arab kepada Agama Islam yang sebenar, Agama Islam yang berteraskan Tauhid di dalam ibadah, berdoa, meminta, dan bertawakkal hanya (berserah) kepada Allah.Itulah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang tidak disenangi oleh orang-orang sufi, syiah orang-orang tarikat, penyembah kubur hingga hari ini.

Maka akhirnya beliau yang mengajak kepada Tauhid dituduh atau diberikan gelaran yang negatif “Wahabi”.

Tetapi pada hari ini setiap umat Islam yang berpegang pada sunnah Rasulullah saw pastilah akan digelar Wahabi oleh para pentaksub diri sendiri.

Si penuduh mengaku sebagai Ahli Sunnah, tetapi melakukan perkara yang bertentangan dengan sunnah. Mengaku mazhab Syafi’e, tetapi melakukan perkara yang bertentangan dengan Imam Syafi’e rhm. Mengaku Asya’irah, tetapi bertentangan dengan fahaman Imam Abu Hasan bin Ismail al-Asy'ari rhm.





Allahul Musta'an

Sumber

No comments:

Post a Comment