Seorang isteri dahagakan perhatian dan sokongan terutama dari suami tercinta. Dalam bahasa mudahnya dia nak dimanjakan.
Sebagia suami janganlah serius sangat kat rumah tu. Buatlah lawak sekali sekala. Ada masa jadi romantik gila. Ada masa layan isteri seperti anak kecil.
.
Antara ilmu penting yang si suami kena belajar adalah ilmu mendengar. Dengar? Ye, dengar setiap luahan dan rintihan si isteri.
Bila isteri cerita masalah kepada kau, dia sebenarnya hanya nak cerita dan nak dapatkan sokongan emosi dari kau.
So, tak payahlah kau sibuk nak jadi pakar motivasi untuk selesaikan masalah isteri tu. Dengar dan hayati sahaja.
.
Nak dengar ni pun ada seninya. Bukan sembarono je. Ada beberapa pantang larang yang kau kena tahu ketika isteri sedang bercerita @ mengadu:
1. Tak pandang isteri ketika dia sedang bercerita @ mengadu. Kalau kau sedang tengok tv, tutup terus tv tu. Bagi sepenuh perhatian hanya pada dia sahaja.
2. Tak bagi sebarang respons. Mesti respons sekurang2nya menganggukkan kepala. Jangan kau keras macam batu. Paling pantang sekali jangan kau sibuk main phone masa dia cerita.
3. Jangan banyak menyampuk. Tanya sikit-sikit je. Jangan pulak kau diam seribu bahasa pulak.
4. Tak payah sibuk nak bagi pendapat dan berhujah. Ini sesi mendengar. Isteri kau bukan nak dengar pendapat tetapi nak luahkan perasaan je masa ni. So, dengar jelah ye.
5. Paling pantang adalah bila kau tak sokong isteri kau, lepas tu pergi bantai sokong orang lain pulok. Siapppp... Betul tak betul nombor dua masa ni, yang penting tunjukkan kau sentiasa sokong dia.
Bila isteri kau habis cerita, kau tunjukkan perasaan empati serta nyatakan sokongan kau pada dia dalam nada yang lemah lembut beserta romantik gitu.
Barulah lega hati dia. Lepas tu kau minta apa sahaja pasti dia akan tunaikan. Tak percaya, buatlah dulu.
-Zulfikarullah-
#ZZ
No comments:
Post a Comment