Sunday, 18 August 2019

Perbandingan Agama Cara Dr. Zakir Naik Tidak Sesuai di Malaysia?

Ada orang kata cara dakwah Dr. Zakir Naik dengan ilmu perbandingan agama kurang sesuai di Malaysia.

Saya kata...

Saudara, orang bukan Islam pun gunakan cara perbandingan agama untuk sebarkan agama mereka. Cuma mereka tidak buat secara terbuka sebab dikawal oleh undang-undang.

Di Malaysia ada mubaligh² agama bukan Islam yang bergerak secara senyap sebarkan agama mereka dengan kaedah perbandingan agama dan debat.

Bahkan, di Malaysia, ada markas atau sekolah mubaligh agama bukan Islam yang ajar tentang ilmu perbandingan agama.

Sekiranya anda mahu hentikan dakwah dengan cara perbandingan agama, konon tidak sesuai, jangan terkejut kalau nanti ramai anak-anak muda kita terpengaruh apabila tidak dapat jawab hujah yang dilontarkan para mubaligh² bukan Islam.

Ilmu perbandingan agama antara cara dakwah yang sangat penting dalam menjawab syubhat yang tersebar dan menjelaskan salah faham terhadap Islam.

Apabila anda cuba menyekat ilmu ini dibincang secara terbuka, atas alasan tidak sesuai, maka ketahuilah golongan bukan Islam akan terus bergerak secara senyap untuk menyebarkan agama mereka dengan kaedah perbandingan agama.

-Suhili Nain

No comments:

Post a Comment