Sunday, 4 August 2019

Rahsia Sihat, Bukan Sekadar Ubat Tapi Hati & Emosi Yang Stabil

Ramai para Doktor perubatan sudah mengaku bahawa untuk sihat, dan sembuh dari penyakit, bukan yang paling penting adalah ubat, tapi dengan beroleh hati dan emosi yang stabil. Nabi shallallahua 'alaihi wa sallam telah sebutkan hal ini 1400 tahun yang lalu, dlm hadis tentang Qalb. Baginda sebutkan Jika al-Qalb (hati) itu baik, maka selurunya akan baik, dan jika ia buruk, maka seluruhnya akan buruk. Seluruh yang dimaksudkan sudah pasti termasuk jasmani dan rohani.
Bagaimana memperoleh emosi yang stabil dan hati yang baik? Allah telah berikan tipsnya dalam surah Nahl 97, iaitu dengan beriman (ilmu dan keyakinan) dan beramal soleh maka Allah akan berikan dia kehidupan yang baik, tenang dan bahagia. dan sebaliknya Allah telah sebutkan bahawa sebab utama seseorang itu beroleh hati yang sempit dan emosi yang tidak stabil dalam Toha ayat 124, iaitu orang yang berpaling dari agama Allah dan berpaling dari semua peringatannya termasuk al-Quran dan As-Sunnah maka akan diberi hati yang sempit.
Allahua'lam.

-Abu Sofiyyah

No comments:

Post a Comment