"Suatu masa, kita akan pergi dan tidak akan kembali."
Apabila kita memandang pada kematian, maka kita akan mengingat akhirat. Andaikata kita mengetahui tarikh kematian kita, pasti kita akan merasa kesuntukan ruang dan waktu . Benarlah apa yang disabdakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
"Apabila kamu berada pada waktu petang jangan tunggu sehingga sampai waktu pagi dan apabila kamu berada pada waktu pagi jangan tunggu sehingga sampai waktu petang. Ambillah kesempatan daripada masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu dan masa hidup sebelum tiba masa kematianmu." [Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 5937 dan Ibnu Hibban dalam Shahih Ibnu Hibban 2/472]
Berusahalah perbaiki amalan, usah memandang remeh orang yang mempelajari agama dan yang sering melakukan kebaikan, kerana boleh jadi ia merupakan persediaannya menuju akhirat. Hitunglah bekal yang perlu kita bawa ke sana. .
Dalam riwayat lainnya.Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memegang kedua bahu Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhu sambil berpesan kepadanya:
كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ.
"Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai orang asing atau penyeberang jalan (pengembara)." [Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 5937]
-Sharifah Salleh
No comments:
Post a Comment