Luar biasa pengorbanan dan kesungguhan mereka. Kita ini bagaimana ? Tersangatlah jauh dan terlalu manja.
Imam an-Nawawi r.h tidak pernah membaringkan tubuhnya selama 2 tahun kerana terlalu sibuk menuntut ilmu.
Sepertimana yang disebutkan oleh al-Hafiz az-Zahabi di dalam تذكرة الحفّاظ :
“ Aku hanya makan sebuku roti sehari semalam, dan aku tidak pernah membaringkan tubuhku ( merehatkan tubuhku ) selama 2 tahun. Waktu itu, aku menghafal ( التنبيه ) selama 4 bulan setengah, kemudian selebihnya pula aku membaca ( المهذّب ) bersama guruku إسحاق بن أحمد "
- Tazkirah al-Huffaz, jilid 4, m.s 1472
Moga Allah menerima kita sebagai penuntut ilmunya. Ameen.
#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita
-Amir Fathy
No comments:
Post a Comment