Sunday 4 August 2019

Tetap Bangun Awal Pagi Walau Dihujung Minggu

Walau hujung minggu kita tetap bangun awal pagi dan mula bekerja. Itulah kerja sendiri pagi Sabtu pun buat kerja :)

[Keberkatan Di Pagi Hari]

Sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam:
اللهُّمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
Maksudnya: "Ya Allah, berkatilah umatku di pagi harinya." (Hadis riwayat Abu Daud: 2606. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani)

Kata Imam Abu Daud (275H) rahimahullah:
"Sahabat yang meriwayatkan hadis ini iaitu Sokhor bun Wada'ah merupakan seorang pedagang. Lazimnya beliau akan membawa barang dagangannya di pagi hari. Oleh kerana itu, beliau menjadi kaya dan mempunyai banyak harta." (Sunan Abi Daud, 3/35)

Waktu pagi merupakan waktu yang penuh keberkatan. Waktu pagi amat sinonim dengan manusia memulakan aktivitinya. Bahkan pada waktu ini, tubuh manusia lebih cergas berbanding malam hari. Rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian dari golongan yang didoakan nabi sallallahu 'alaihi wasallam dengan melakukan aktiviti bermanfaat di pagi hari.

Wallahua'lam.

#MMMR

-Masri Ramli

No comments:

Post a Comment