Sunday 4 August 2019

Asal Gelandangan Bertukar Jadi Ejen Hartanah Terkenal Di New York

Pada umur 19 tahun, Matthew Tejeda terpaksa hidup sebatang kara dan jadi gelandangan di jalanan di New York.

Tiada keluarga mahupun saudara mara yang dapat bantunya.

Setiap malam beliau terpaksa tidur di pusat perlindungan di New York, berkongsi 4 katil dengan 7 orang lain di dalam bilik kecil.

Matthew terpaksa mengemis untuk teruskan hidup.

Tidak lama kemudian, rakan beliau bantu dapatkan peluang temuduga di salah satu cawangan Starbucks di New York.

Pengurus tersebut, Debbie Dooknah, tahu keadaan Matthew, namun beliau tetap ambil risiko tawarkan Matthew pekerjaan sebagai barista.

Walaupun sudah ada gaji, Matthew masih tidur di pusat perlindungan untuk gelandangan kerana sewa bilik di New York terlalu tinggi .

Beliau tidak dapat tidur sempurna kerana terpaksa tidur bersesak dengan 7 orang lain dan adakalanya bising.

Setiap hari, beliau perlu buka Starbucks pada jam 4.30 pagi dan tanpa tidur yang cukup, ia amat sukar.
.
Adakalanya, beliau akan kunci dirinya di dalam bilik mandi semata-mata untuk dapat waktu tidur selama dua jam.

Dan kadang-kadang barangannya hilang termasuk pakaian seragam kerjanya.

Tapi Matthew tidak jadikannya satu alasan untuk datang lewat dan pastikan rakan-rakannya tidak sedari kesukaran hidupnya.

Malah ia jadikannya makin cekal untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

Hasilnya selepas 6 bulan bekerja, beliau dinaikkan pangkat menjadi penyelia.

Dalam masa 6 bulan berikutnya lagi, beliau dilantik jadi penolong pengurus cawangan.

Jawatan baru akhirnya bolehkan Matthew capai impian pertamanya iaitu sewa sebuah apartmen.

Pada malam pertama beliau tidur di apartmennya, beliau menangis kerana itulah kali pertama dalam hidupnya beliau ada tempat sendiri untuk berteduh.

Rezekinya tidak terhenti di situ. Beliau akhirnya dilantik jadi pengurus cawangan Starbucks di lokasi baru dan tidak berapa lama kemudian beliau diamananahkan untuk urus salah satu cawangan Starbucks yang catat jualan tertinggi di New York.
.
Walaupun telah miliki kehidupan dan pekerjaan yang baik, Matthew tidak cepat rasa selesa dan puas hati dengan apa yang ada.

Beliau ambil keputusan untuk jadi ejen hartanah pula. Beliau percaya bidang baru ini akan bolehkannya tentukan sendiri pencapaian hidupnya.

Untuk capai impiannya Matthew bahagikan masanya bekerja di Starbucks selama 20 jam seminggu dan jadi ejen hartanah selama 40 hingga 50 jam seminggu.

Dan kini, beliau adalah seorang ejen hartanah di sebuah firma hartanah terkenal di New York.

[ Diolah dari artikel asal di Forbes ]
.
.
-Mazlan Mohamad

No comments:

Post a Comment