DAKWAH KEPADA KELUARGA: KITA SEKADAR PENYAMPAI, BUKAN PEMBERI HIDAYAH
Jangankan orang lain, para Nabi dan Rasul pun sama sekali tidak berupaya memberi hidayah kepada ibu bapa, isteri, anak dan kerabat terdekat mereka.
Begitu juga, mereka sedikit pun tidak berupaya menyelamatkan kaum kerabat mereka daripada terkena azab Allah s.w.t.
Ini kerana kuasa memberi hidayah dan jaminan keselamatan serta kemuliaan adalah hak mutlak Allah s.w.t. Firman-Nya:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki”. (Surah Al Qashash ayat 56)
Namun ini bukan bererti ahli keluarga perlu diabaikan sehingga mereka terkapai-kapai dalam kekeliruan dan kejahilan serta tenggelam dalam pelbagai kemungkaran.
Dakwah tetap disampaikan kepada mereka sama ada melalui lisan mahupun perbuatan dengan menunjukkan teladan yang baik.
Kemungkaran mereka tetap ditegur baik melalui tangan atau lisan atau hati jika tidak mampu.
Paling penting selalulah berdoa agar diri dan ahli keluarga mendapat petunjuk ke jalan yang benar dan meninggalkan dunia ini di atas kebenaran itu.
Aamiin ya Robb.
-hairi Nonchi
No comments:
Post a Comment