Mr. DIY baru buka cawangan ke 500 tahun ini.
Ia dijangka disenarai di Bursa Malaysia tahun ini dengan nilai antara RM10 bilion hingga RM11 bilion.
Pendapatannya tahun lalu RM1.8 bil dengan untung bersih RM300 juta (17%). Purata satu cawangan catat untung bersih RM600 ribu.
Ia boleh dikatgorikan sebagai bisnes kalis gawat (recession proof). Di waktu ekonomi baik atau gawat, pelanggan tetap ramai datang, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi seperti sekarang.
* Terima kasih kerana jadi salah seorang penyumbang kemajuan bisnes Mr. DIY.
Matlamat Mr. DIY adalah jadi peruncit perkakas rumah terbesar di bukan saja di negara ini tetapi juga di Asia Pasifik.
Kini ia jual lebih 14,000 produk dalam 10 kategori termasuklah perkakasan, isi rumah, barangan elektrik, aksesori kereta, alat tulis dan sukan serta barangan kemas dan kosmetik.
-Mazlan Mohamad
No comments:
Post a Comment