Apakah yang perlu dilakukan ketika seseorang keliru dalam menentukan sebuah pilihan?
Pada hakikatnya hendak memutuskan suatu perkara dalam masa yang singkat bukanlah satu perkara yang mudah. Bahkan seorang hakim jika hendak menjatuhkan hukuman kepada yang dituduh bersalah tentulah memerlukan tempoh dan memerhatikan beberapa risiko.
Antara asbab tersebut supaya keputusan yang dilakukan dapat diraih dengan adil kedua belah pihak, begitu juga setiap perkara yang kita lakukan harus difikirkan lebih terperinci supaya tidak tersilap langkah dan melukakan hati. Terdapat beberapa inisiatif ringkas yang perlu dilakukan ketika hendak memutuskan suatu perkara dengan muktamad,
1- Selidikilih terlebih dahulu, buatlah perbandingan perkara tersebut dengan sebaiknya apabila hendak mencapai objektif dengan lebih jauh.
2- Mohonlah pandangan, nasihat sebagai pembakar semangat, untuk menambah keyakinan. Baik kepada alim ulama' atau orang yang dipercayai kemudian terpulang kepada individu tersebut hendak menerima ataupun menolak.
3- Istikharah. Kunci kepada segala masalah yang merunsingkan buah fikiran kerana hati sering berbolak balik menentukan dan mencari penyelesaian, maka jalan terakhir ialah memohon kepada Allah subhanahu wa'ta'ala agar diberi kemudahan memutuskan dan diberi petunjuk. Dalam sebuah hadith mengatakan,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الاِسْتِخَارَةَ فِى الأُمُورِ كُلِّهَا
'Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam biasa mengajari para sahabatnya shalat istikharah dalam setiap urusan.' [Hadis Riwayat Bukhari no.6382]
Setiap perkara yang dilakukan ada kalanya baik disisi manusia, namun buruk disisi Allah. Demikian pula sebaliknya, setiap yang buruk disisi manusia, tetapi baik disisi Allah.
Allah Ta'ala berfirman,
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.' [Surah Al-Baqarah: 216]
Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah, ia memerlukan Rabb sebagai penawar dukanya.
-Syuhara
No comments:
Post a Comment