Jawapan:
Silakan baca tulisan, hadiri majlis ilmu dan dengar ceramah mereka yang dituduh sebagai Wahhabi atau Salafi. Antara mereka ada yang pernah dikafirkan dan diwahabikan oleh Ustaz Zamihan Al-Ghari, mereka juga Bersatu menelanjangkan amalan golongan pelampau agama yang menyelisih sunnah.Mereka juga tidak menetapkan sifat allah dengan hanya 20 sifat sahaja.
Mereka juga bermazhab syafie dan dalam mazhab sama meraih mazhab lain dan tidak bertaklid pada satu mazhab.(yg mana membawa dalil lebih kuat yg itu diambil).
Dalam tulisan atau ceramah mereka amat sarat dengan fakta-fakta ilmiah yang bersumberkan petunjuk al-Quran, Sunnah yang sahih, atsar para sahabat dan penjelasan para ulamak besar Ahlus Sunnah yang hidup pada zaman Salafus Soleh.
Anda tidak akan menemui pada tulisan atau ucapan mereka cerita-cerita rekaan berupa mimpi-mimpi, mitos atau dongengan yang melampau,tidak taksub pada habib, wali, tok guru, tidak menggunakan hadis2 palsu dan ceramah mereka. memaki hamun serta melawak jenaka yang keterlaluan sebagaimana majlis kebanyakan para penentang mereka yang tanpa malu menjenamakan diri sebagai ASWAJA.
Yang penting sekali jgn terlalu taksub kepada mana2 individu tersebut. pendapat sesiapa pun boleh diterima dan ditolak selagi mereka berdiri diatas manhaj yg benar.
Jika ada asatizah2 yg mana admin tidak letak di sini ... sila nyatakan nama mereka di ruangan komen
- Ghuraba Media
Saturday, 12 December 2015
Bagaimana nak mengenali ajaran Nabi yang sebenar tanpa ubah suai dan tokok tambah manusia
Location:
Ketereh, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment