Friday, 11 December 2015

Lain Ahlus Sunnah kata, lain pula Ahli Bid'ah rumuskan

Ahlus Sunnah kata tiada dalil mesti baca surah Yasin malam Jumaat.

Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi mengharamkan umat Islam membaca al-Quran.


"Ahlus Sunnah kata berzikir dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang yang masih beribadah bukan sunnah Nabi,

Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi melarang umat Islam berzikir".


Ahlus Sunnah kata jangan ubahsuai tatacara berselawat yang telah diajarkan oleh Nabi,

Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi amat bencikan selawat"


Ahlus Sunnah kata jangan buat amalan bidaah di kuburan seperti berqasidah contoh seperti Habib Omar

Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi melarang ziarah kubur"


Ahlus Sunnah kata hendaklah mengikuti sunnah dan meninggalkan bid'ah yang dilarang Nabi,

Ahli Bid'ah menyimpulkan: "Wahhabi kerjanya membidaahkan dan menyesatkan umat Islam".

Nampak tak permainan Ahli Bid'ah menjauhkan umat Islam dari ajaran Nabi dan menanam kebencian di hati mereka kepada ajaran baginda yang asal?

- Hazwan Mohamed Idris


No comments:

Post a Comment