Sunday, 13 December 2015

Dilabel Wahabi dan Mengenali Manhaj Salaf

Lagi banyak cakap sana sini wahabi, makin ramailah yang mencari dan selidik tentang wahabi.

Kemudian jangan terperanjat. Ramai yang akan memilih manhaj salafi untuk mengamalkan agama islam mereka. Makin ramai akan belajar agama dan memilih yang lebih tepat fahamannya. Lebih bertambahlah orang mengenali sunnah dan meninggalkan bidaah.

Jadi, jangan terperanjat jika mereka yang baru berjinak-jinak dengan manhaj salafi menjadi "gangster" dan kasar sedikit pada awal permulaan pengamalan mereka. Mereka berkobar-kobar nak betulkan tuduhan wahabi.

Pusing kanan, wahabi, pusing kiri, wahabi.
Akhirnya yang tinggal (mungkin), Shia vs Wahabi.

Sambil pembencinya terus menerus mencari jalan untuk menimbulkan fitnah, para pejuang semakin giat menimba ilmu untuk difahami dan diamalkan.

Pembencinya lemas ke laut, si wahabi ni semua bertambah baik akhlaknya kerana sudah tidak ada musuh karang.

- Sapian Sapari


No comments:

Post a Comment