Monday 7 December 2015

BETULKAN CARA BERFIKIR "Ahli sunnah wal Jamaah dan musuhnya"

BETULKAN CARA BERFIKIR

"Ahli sunnah wal Jamaah dan musuhnya"

1. Sunnah itu ialah hadith-hadith dan riwayat daripada Nabi salallahualaihiwassalam. Maka musuh sunnah itu sudah tentulah merupakan golongan pencipta hadith-hadith palsu, penyebar dan mereka yang menyelewengkan maksud-maksudnya.

2. Wahabi bukanlah musuh Ahli Sunnah Wal Jamaah, ini kerana wahabi tidak mencipta hadith palsu, tidak menyebar hadith palsu dan amat berhati-hati dalam beramal dengan hadith nabi salallahualaihiwassalam.

Tetapi kita setuju bahawa:
Wahabi kerjanya membid'ahkan orang Melayu, membid'ahkan orang pondok, mengharamkan amalan tasawwuf, sufi, tareqat dan perkara yang tiada dalil dalam agama yang dibuat oleh agamawan tradisional atas nama 'bid'ah hasanah', apa salahnya sebab tiada dalil melarang dan yang seumpama dengannya.

Wahabi tidak bertahlil, menolak kenduri arwah, tidak baca qunut subuh, tidak menerima bid'ah hasanah.

Paling besar perselisihan wahabi dan orang pondok ialah soal isu "SIFAT ALLAH".
Wahabi mengatakan Allah di langit, wahabi mengatakan Allah ada tangan, ada kaki tetapi bukan macam makhluk disebabkan wahabi berpegang kepada dalil-dalil nas yang menyebut Allah ada tangan dan kaki secara zahir tanpa takwil.

Orang pondok, aliran asya'irah dan maturudiyah serta ahli kalam mentakwil dalil-dalil berkenaan ayat sifat Allah lalu menafikan Allah di langit, Allah tidak bertangan dan berkaki baik serupa makhluk atau pun tidak.

Inilah yang paling besar pun beza antara wahabi dan agamawan pondok.

Justeru mengatakan wahabi memusuhi Ahli sunnah atau merupakan musuh ahli sunnah Wal Jamaah adalah TIDAK BENAR.

Tetapi KITA SETUJU BAHAWA :
Wahabi dan agamawan pondok, saling memusuhi dan berbeza pendapat.
Pas dan Umno pun bermusuh, DAP dan ISMA pun bermusuh, itu lumrah dalam hidup saling berbeza pendapat.

Namun jangan menuduh seseorang dengan tuduhan yang salah!

Cth : Umno ialah kafir sebab musuhi PAS = Ini salah, Umno jadi kafir sebab memusuhi Islam, ini mungkin betul jika mereka memang memusuhi Islam.

Sama juga dengan wahabi, wahabi jadi sesat kalau dia memusuhi sunnah, tetapi wahabi tak musuh dengan sunnah, mereka cuma bermusuh dengan aliran pondok dan aliran pemikiran asya'irah dan maturidiyyah.
Bezakan!

3. Sunnah Nabi salallahualaihiwassalam tidak memusuhi wahabi, atau dimusuhi oleh wahabi. Ahli sunnah ialah mereka yang berpegang teguh kepada petunjuk Nabi salallahualaihiwassalam.

Iaitu berpegang kepada hadith-hadith Nabi salallahualaihiwassalam, menjaga kesucian hadith baginda, berhati-hati dengan hadith dan mengamalkan sunnah-sunnah nabi salallahualaihi
wassalam.

Al-Jamaah ialah bermaksud berpegang kepada petunjuk Allah, bersatu-padu di atas kebenaran, tidak berpecah-belah, mentaati pemimpin yang adil dan yang tidak menyeru kepada perpecahan dan kebathilan.

Baik Wahabi atau agamawan pondok, ahli sufi, ahli tarikat atau sesiapa pun jika mengikuti sunnah Nabi akan menjadi ahli sunnah wal Jamaah.

Justeru hentikan pergaduhan wahabi vs pondok atau sebagainya dan belajar FOKUS kepada musuh yang sebenar.

4. Syiah tolak hadith Nabi salallahualaihi
wassalam, menganggap sahabat Nabi telah jatuh kafir, murtad. Maka Syiah memang musuh sunnah dan memang wajib diperangi oleh ahli sunnah.
Fokus dan betulkan cara berfikir !

Ada kawan kata wahabi ialah musuh Islam.

Kita tanya dia, sebab apa wahabi musuh Islam? Dia jawab wahabi tak baca qunut, tak buat tahlil, tak buat kenduri arwah, tak buat sambutan maulid nabi.

Kita jawab : Tak akan tak buat itu semua terus jadi musuh Islam?

Bersikap adil dalam membenci, cakaplah wahabi adalah musuh agamawan Melayu, musuh pondok, musuh sufi. OK kita boleh terima.

Kalau cakap wahabi musuh Islam sebab tak buat qunut, mazhab Hanafi pun tak buat qunut.

Masakan mazhab Hanafi musuh Islam ?

-----

Islam ialah milik semua orang yang beriman kepada Allah dan rasul, dan umat Islam berselisih serta bergaduh.

Kita setuju.

Jangan keluarkan seseorang daripada Islam, daripada al-sunnah, daripada Deen hanya sebab dia tak setuju dengan kita maka ini pemikiran salah !


Umno dan PAS bergaduh dulu....

Setuju tak ? Setuju itu fakta. Kemudian orang umno kata, PAS anti Melayu sebab lawan Umno.

Setuju tak ?

Tentulah Tidak, Pas hanya lawan Umno, bukan Melayu.

OK.....Kena bezakan....antara lawan Umno dan lawan Melayu.

Maka sama juga.

Perbaiki cara fikir kita sebab masalah utama bukan soal agama tetapi soal otak dan cara fikir masyarakat kita yang terlalu salah!

Sumber : Ustaz Emran Ahmad


No comments:

Post a Comment