JANGGUT : PERHIASAN KAUM LELAKI.
Hadis 1:
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻋُﻤَﺮَ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻬُﻤَﺎ ، ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : " ﺍﻧْﻬَﻜُﻮﺍ ﺍﻟﺸَّﻮَﺍﺭِﺏَ ﻭَﺃَﻋْﻔُﻮﺍ ﺍﻟﻠِّﺤَﻰ " .
'Abdullah bin 'Umar radiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Potonglah misai, dan biarkan janggut.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, hadis no: 5470]
Hadis 2:
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻋُﻤَﺮَ ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ : " ﺧَﺎﻟِﻔُﻮﺍ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ ، ﻭَﻓِّﺮُﻭﺍ ﺍﻟﻠِّﺤَﻰ ﻭَﺃَﺣْﻔُﻮﺍ ﺍﻟﺸَّﻮَﺍﺭِﺏَ " ، ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺍﺑْﻦُ ﻋُﻤَﺮَ ﺇِﺫَﺍ ﺣَﺞَّ ﺃَﻭِ ﺍﻋْﺘَﻤَﺮَ ﻗَﺒَﺾَ ﻋَﻠَﻰ ﻟِﺤْﻴَﺘِﻪِ ﻓَﻤَﺎ ﻓَﻀَﻞَ ﺃَﺧَﺬَﻩُ
'Abdullah bin 'Umar radiallahu 'anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Selisihilah kaum Musyrikin. Biarkan janggut lebat dan potonglah misai. Apabila Ibn Umar melakukan haji atau umrah, dia akan menggenggam janggutnya, dan memotong apa yang lebih (daripada segenggam itu).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, hadis no: 5469]
Hadis 3:
ﻋَﻦْ ﻋَﺎﺋِﺸَﺔَ ، ﻗَﺎﻟَﺖْ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ، " ﻋَﺸْﺮٌ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮَﺓِ : ﻗَﺺُّ ﺍﻟﺸَّﺎﺭِﺏِ ، ﻭَﺇِﻋْﻔَﺎﺀُ ﺍﻟﻠِّﺤْﻴَﺔِ ، ﻭَﺍﻟﺴِّﻮَﺍﻙُ ، ﻭَﺍﺳْﺘِﻨْﺸَﺎﻕُ ﺍﻟْﻤَﺎﺀِ ، ﻭَﻗَﺺُّ ﺍﻷَﻇْﻔَﺎﺭِ ، ﻭَﻏَﺴْﻞُ ﺍﻟْﺒَﺮَﺍﺟِﻢِ ، ﻭَﻧَﺘْﻒُ ﺍﻹِﺑِﻂِ ، ﻭَﺣَﻠْﻖُ ﺍﻟْﻌَﺎﻧَﺔِ ، ﻭَﺍﻧْﺘِﻘَﺎﺹُ ﺍﻟْﻤَﺎﺀِ " ، ﻗَﺎﻝَ ﺯَﻛَﺮِﻳَّﺎﺀُ : ﻗَﺎﻝَ ﻣُﺼْﻌَﺐٌ : ﻭَﻧَﺴِﻴﺖُ ﺍﻟْﻌَﺎﺷِﺮَﺓَ ، ﺇِﻟَّﺎ ﺃَﻥْ ﺗَﻜُﻮﻥَ : ﺍﻟْﻤَﻀْﻤَﻀَﺔَ
'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Memotong misai, membiarkan janggut, menggosok gigi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh celah-celah jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan menggunakan air (ketika istinja'). Perawi bernama Mus'ab berkata: Aku lupa yang kesepuluh, boleh jadi ia ialah berkumur-kumur.
[Sahih Muslim, Kitab at-Taharah, hadis no: 389]
Hadis 4:
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻣَﻌْﻤَﺮٍ ، ﻗَﺎﻝَ : ﻗُﻠْﻨَﺎ ﻟِﺨَﺒَّﺎﺏٍ : " ﺃَﻛَﺎﻥَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘْﺮَﺃُ ﻓِﻲ ﺍﻟﻈُّﻬْﺮِ ﻭَﺍﻟْﻌَﺼْﺮِ ؟ ﻗَﺎﻝَ : ﻧَﻌَﻢْ ، ﻗُﻠْﻨَﺎ : ﺑِﻢَ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺗَﻌْﺮِﻓُﻮﻥَ ﺫَﺍﻙَ ؟ ﻗَﺎﻝَ : ﺑِﺎﺿْﻄِﺮَﺍﺏِ ﻟِﺤْﻴَﺘِﻪِ
Daripada Abi Ma’mar, kami bertanya kepada Khabbab: Apakah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam membaca di dalam solat Zuhur dan Asar. Jawabnya: Ya. Kami bertanya lagi: Bagaimana kalian tahu hal tersebut? Khabbab menjawab: (dengan melihat) pergerakan janggutnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 707]
____
Huraian:
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menghuraikan hadis no 1 (dipetik secara ringkas untuk mudahkan faham):
ﻭﻫﻮ ﺑﻤﻌﻨﻰ ﺍﻟﺘﺮﻙ
Ia bermaksud meninggalkan/membiarkan (iaitu tanpa dicukur atau dipotong).
ﻗﺪ ﺗﻘﺪﻡ ﻫﻨﺎﻙ ﺑﻴﺎﻥ ﻣﻦ ﻓﺴﺮ ﻗﻮﻟﻪ ﻋﻔﻮﺍ ﻳﻜﺜﺮﻭﺍ
Perkataan (( ﺃَﻋْﻔُﻮﺍ )) juga bermaksud banyakkan/
lebatkan.
ﻭﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ ﺩﻗﻴﻖ ﺍﻟﻌﻴﺪ : ﺗﻔﺴﻴﺮ ﺍﻹﻋﻔﺎﺀ ﺑﺎﻟﺘﻜﺜﻴﺮ ﻣﻦ ﺇﻗﺎﻣﺔ ﺍﻟﺴﺒﺐ ﻣﻘﺎﻡ ﺍﻟﻤﺴﺒﺐ ، ﻷﻥ ﺣﻘﻴﻘﺔ ﺍﻹﻋﻔﺎﺀ ﺍﻟﺘﺮﻙ ، ﻭﺗﺮﻙ ﺍﻟﺘﻌﺮﺽ ﻟﻠﺤﻴﺔ ﻳﺴﺘﻠﺰﻡ ﺗﻜﺜﻴﺮﻫﺎ
Imam Ibn Daqiq al-Eid berkata: Penafsiran dengan maksud ((Membanyakkan/melebatkan)) adalah termasuk dalam meletakkan sebab pada tempat musabbab. Ini kerana hakikat maksud Al-I'fa' (( ﺍﻹﻋﻔﺎﺀ )) ialah membiarkan. Membiarkan janggut kebiasannya akan menyebabkan janggut itu banyak/lebat.
Jika kita lihat hadis no 4. Ia menjelaskan bahawa janggut nabi sallallahu 'alaihi wasallam memang lebat/tebal/panjang. Kerana jika ia nipis atau sedikit, bagaimana makmum di belakang boleh lihat janggut itu bergerak-gerak ketika nabi sallallahu 'alaihi wasallam membaca sesuatu.
Imam an-Nawawi yang bermazhab Syafie menukilkan dalam Al-Majmu':
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺨﻄﺎﺑﻲ ﻭﻏﻴﺮﻩ ﻫﻮ ﺗﻮﻓﻴﺮﻫﺎ ﻭﺗﺮﻛﻬﺎ ﺑﻼ ﻗﺺ : ﻛﺮﻩ ﻟﻨﺎ ﻗﺼﻬﺎ ﻛﻔﻌﻞ ﺍﻻﻋﺎﺟﻢ
Imam al-Khattabi dan selainnya berkata: Ia bermaksud membanyakkan (janggut itu) dan membiarkan ia tanpa dipotong. Adalah makruh di sisi kami untuk memotong janggut seperti mana perbuatan orang-orang 'Ajam.
Kemudian Imam an-Nawawi menukilkan pula perkataan Imam al-Ghazali yang berhujah dengan hadis no 2:
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ ﻓﻲ ﺍﻻﺣﻴﺎﺀ ﺍﺧﺘﻠﻒ ﺍﻟﺴﻠﻒ ﻓﻴﻤﺎ ﻃﺎﻝ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﺤﻴﺔ ﻓﻘﻴﻞ ﻻ ﺑﺄﺱ ﺃﻥ ﻳﻘﺒﺾ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻭﻳﻘﺺ ﻣﺎ ﺗﺤﺖ ﺍﻟﻘﺒﻀﺔ : ﻓﻌﻠﻪ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺛﻢ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﺘﺎﺑﻌﻴﻦ : ﻭﺍﺳﺘﺤﺴﻨﻪ ﺍﻟﺸﻌﺒﻰ ﻭﺍﺑﻦ ﺳﻴﺮﻳﻦ .
Imam al-Ghazali berkata dalam Al-Ihya': Ulama salaf telah berbeza pendapat tentang janggut yang panjang. Dikatakan bahawa tidak mengapa untuk menggenggam janggut itu, dan memotong apa yang di bawah genggaman itu. Ibn 'Umar melakukan hal ini (sebagaimana dalam hadis no 2), kemudian sekelompok tabiin turut melakukannya. Ia disukai oleh Imam al-Sya'bi dan Ibn Sirin.
ﻛﺮﻫﻪ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﻗﺘﺎﺩﺓ : ﻭﻗﺎﻟﻮﺍ ﻳﺘﺮﻛﻬﺎ ﻋﺎﻓﻴﺔ ﻟﻘﻮﻟﻪ ﺻﻠﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﺍﻋﻔﻮ ﺍﻟﻠﺤﻲ
Imam al-Hasan al-Basri dan Qatadah memakruhkan (memotong janggut). Mereka berkata membiarkan janggut itu lebih sejajar dengan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ((Biarkan janggut)).
Apakah alasan Imam al-Ghazali menyatakan boleh dipotong yang lebih segenggam?
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ ﻭﺍﻻﻣﺮ ﻓﻲ ﻫﺬﺍ ﻗﺮﻳﺐ ﺇﺫﺍ ﻟﻢ ﻳﻨﺘﻪ ﺇﻟﻰ ﺗﻘﺼﻴﺼﻬﺎ ﻻﻥ ﺍﻟﻄﻮﻝ ﺍﻟﻤﻔﺮﻁ ﻗﺪ ﻳﺸﻮﻩ ﺍﻟﺨﻠﻘﺔ ﻫﺬﺍ ﻛﻼﻡ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ
Ini kerana panjang yang melampau pada janggut itu akan menyebabkan tidak cantik.
Imam an-Nawawi merumuskan:
ﻭﺍﻟﺼﺤﻴﺢ ﻛﺮﺍﻫﺔ ﺍﻻﺧﺬ ﻣﻨﻬﺎ ﻣﻄﻠﻘﺎ ﺑﻞ ﻳﺘﺮﻛﻬﺎ ﻋﻠﻰ ﺣﺎﻟﻬﺎ ﻛﻴﻒ ﻛﺎﻧﺖ ﻟﻠﺤﺪﻳﺚ ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ ﻭﺍﻋﻔﻮﺍ ﺍﻟﻠﺤﻲ ﻭﺍﻣﺎ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﺷﻌﻴﺐ ﻋﻦ ﺍﺑﻴﻪ ﻋﻦ ﺟﺪﻩ ﺍﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛﺎﻥ ﻳﺄﺧﺬ ﻣﻦ ﻟﺤﻴﺘﻪ ﻣﻦ ﻋﺮﺿﻬﺎ ﻭﻃﻮﻟﻬﺎ ﻓﺮﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ ﺑﺎﺳﻨﺎﺩ ﺿﻌﻴﻒ ﻻ ﻳﺤﺘﺞ ﺑﻪ
Yang benar ialah makruh untuk memotong/trim janggut secara mutlak. Bahkan hendaklah dibiarkan ia sebagaimana halnya ia berdasarkan hadis sahih ((Biarkan janggut)). Adapun riwayat 'Amru bin Syu'aib bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memotong janggutnya daripada bahagian lebar dan panjang. Imam at-Tirmizi meriwayatkan dengan sanad yang lemah yang tidak boleh berhujah dengannya.
Ini sekaligus menjawab persoalan 'boleh jadi nabi sallallahu 'alaihi wasallam' pernah trim. Tiada ditemui Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memotong janggut, yang ditemui ialah hadis no 4 yang mengisyaratkan lebat/panjangnya janggut nabi sallallahu 'alaihi wasallam.
Lebatnya janggut nabi sallallahu 'alaihi wasallam diceritakan dalam banyak riwayat lain.
Antaranya Jabir bin Samrah radiallahu 'anhu berkata:
ﻭَﻛَﺎﻥَ ﻛَﺜِﻴﺮَ ﺷَﻌْﺮِ ﺍﻟﻠِّﺤْﻴَﺔِ
Baginda mempunyai janggut yang lebat.
[Sahih Muslim, Kitab al-Fadhoil, hadis no: 4333]
Ali bin Abi Tolib radiallahu 'anhu pula berkata:
ﻋَﻈِﻴﻢَ ﺍﻟﻠِّﺤْﻴَﺔِ
(Baginda) besar janggutnya.
[Musnad Ahmad, Musnad Ali bin Abi Talib, hadis no: 920, Shaikh al-Arnaouth berkata: Hasan lighairihi]
Sumber : Ustaz Mohd Masri Mohd Ramli
Friday, 4 December 2015
Janggut : Perhiasan Kaum Lelaki
Location:
Kota Bharu, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment