Gaya Bicara dan Bahasa Badan Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ
1. Bertutur
a. Tidak ringkas dan laju sehingga sukar difahami.
b. Tenang.
c. Jelas dari awal hingga akhir percakapannya.
d. Diulang 3 kali (maksima) jika penting atau supaya dapat memberi kefahaman kepada orang ramai.
e. Memberi perhatian kepada pendengar dengan mengalih wajahnya atau memandang orang ramai (bukan statik pandangannya).
f. Tidak bercakap sekerat-sekerat atau separuh lagi dipendamkan. Straight to the point.
g. Memberi perumpamaan atau contoh untuk memberi kefahaman yang lebih mudah.
h. Tidak menipu.
i. Tidak bercakap perkara yang karut marut, apatah lagi kisah-kisah khurafat dan berbangga-bangga akan mukjizat yang dikurniakan Allah kepadanya.
j. Sentiasa memuji nikmat Allah atas apa sekalipun.
__________
2. Pemikiran
a. Sentiasa berfikir dunia dan akhirat (urusan Islam, kehidupan umatnya).
b. Tidak marah dalam hal-hal kebendaan, tetapi sangat tegas dan marah jika kebenaran dicabuli dan melanggar batasan agama.
c. Tidak panas baran dalam segala hal.
d. Tidak meremehkan atau merendahkan sesiapa.
e. Tidak merungut.
f. Tidak mempedulikan seseorang yang membuatnya marah.
g. Mudah memaafkan.
h. Rendah hati.
__________
3. Bahasa Badan
a. Menggerak-gerakan tangannya atau jarinya ketika berbicara yang menunjukkan kesungguhan dalam berbicara.
b. Melihat orang yang berbicara dengannya.
c. Apabila berbicara kepada orang ramai, bukan sahaja wajahnya melihat bahkan tubuh badannya turut bergerak.
d. Memalingkan mukanya jika dia marah kepada seseorang kerana tidak menyukai percakapan atau perbuatan seseorang itu.
e. Apabila gembira kadangkala memejam matanya dan senyum.
f. Jika tertawa nampak giginya.
g. Melihat sesuatu atau seseorang dengan pandangan yang lembut; iaitu tidak merenung tajam.
h. Kebiasaannya hanya menunduk pandangannya ke bawah.
__________
Sedikit ringkasan dalam penulisan Pemikiran Israiliyyat Moden; Saif Al-Nur . Tapi belum siap
Friday, 4 December 2015
Gaya Bicara dan Bahasa Badan Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ
Location:
Kota Bharu, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment