Oleh Prof Dr Ahmad Abdullah Albatli (Jabatan Sunnah, Kuliah Usuluddin, Jamiah Imam.
1. Rujukan penting Kitab Tib Nabawi (ibnu Qayyim) -:
a) Kitab Sahih Tibb An- Nabawi ( Dr Abdul Mut'i Al-Qol'aji - Mesir)
b) Takhrij Hadis Tib An-Nabawi Fi Ummahat Sittah ( Risalah Master, Jamiah Ummul Qura)
2. Hendaklah pengamal perubatan seorang yang berpengalaman. Seseorang pengamal perubatan yg menyebabkan kematian pesakit, wajib dikenakan hukum diyah.
3. Tidak boleh berniaga dgn perubatan Ruqyah dan tibb an-nabawi.
4. perlu mengetahui halal dan haram atas setiap yang dilakukan.
5. Bukan semua yang disebut oleh hadis boleh merawat kesemua penyakit dan pada semua orang.
6. Apa yang disebut dalam hadis nabawi berkaitan dengan perubatan adalah terhad dan tidak boleh berleluasa penggunaannya.
Contoh:- mendakwa madu boleh mengubat kesemua penyakit.
7. Setiap ubat atau pemakanan yang disebut dalam hadis nabawi adalah untuk orang yang tertentu, pada keadaan tertentu dan pada waktu yang tertentu.
8. Ada orang yang sesuai dgn pemakanan yang disebut hadis, ada yang tidak sesuai. Contoh: memberi habbatus sauda kepada anak kecil adalah tidak sesuai.
9. Hendaklah mengetahui keaslian bahan yang disebut nabi-
Habbatus sauda:- habbatus sauda kena letak dalam bekas kaca, kalau diletakkan di dalam air jika tenggelam adalah asli, jika terapung bukan asli.
10. 90% pengamal perubatan tibb an-nabawi dikalangan juhala, dajjal dan dengan tujuan keuntungan, hanya 10% yang betul-betul berilmu dan melakukan dengan benar.
11. Lelaki tidak boleh meruqyah perempuan.
12. Menjauhi penggunaan alat moden untuk ruqyah seperti ruqyah melalui telefon.
13. Berhati-hati dengan hadis palsu berkenaan perubatan nabawi-:
- hadis berkenaan dgn tembikai kebanyakan palsu
14. Tamar ajwah atau didakwa tamar nabi adalah tidak benar. Tamar yang didakwa itu sebenarnya tiada kualiti, rasanya masam dan layak dimakan oleh haiwan. Tamar yg dikatakan ajwah itu sebenarnya bernama waznah. Tamar ajwah yang sebenar adalah berwarna cokelat bukan bewarna hitam. Yang dikenali tamar awail. Dan hadis nabi berkenaan tamar ajwah itu meliputi semua jenis tamar ditanam di madinah bahkan semua jenis tamar di luar madinah sekalipun.
15. Tidak boleh membuat penulisan khusus untuk perubatan ruqyah:- contoh ayat-ayat quran dan doa utk penyakit kanser, ayat-ayat penyembuh penyakit migrain.
16. Tidak boleh bermudah-mudah dengan perubatan tibb an-nabawi juga tidak boleh memperleluasakan tanpa had.
17. Kesemua anak-anak yang dilahirkan tidak lari dari diganggu syaitan, sebab itulah ada bayi yang baru lahir ada yang mempunyai kesan merah didagu, dipipi atau bahagian anggota badan lain, atau berterusan menangis, sewajibnya jururawat mempunyai latar perubatan ruqyah dan seorang yang kuat, sebab itulah lelaki wajar menyambut kelahiran bayi berbanding jururawat perempuan.
18. Menjaga adab menanam uri, kerana semua itu faktor gangguan syaitan.
19. annazroh, ain semuanya adalah benar dan boleh berlaku kepada semua, perlu dirawat secara ruqyah.
20. Sebaik-baik ruqyah adalah bacaan ruqyah pada diri-sendiri.
Nota Daurah Tibb An-Nabawi, Peringatan dan Kaedah-Kaedah Khusus, Riyadh. 3/12/2015
Sumber : Ahmad Syihan Ismail
Friday, 4 December 2015
Peringatan Penting Kepada Pengamal Perubatan Tibb Nabawi/ syifa' / ruqyah/ perubatan alternatif
Location:
Melor, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment