Stress...Quran atau Muzik?
Saya baru berforum bersama Datin Seri Dr. Zainah Moktar, seorang pakar neuro sains yang mengkaji tentang gelombang otak serta pernah berpengalaman "short course" di Harvard Medical University.
Terima kasih kepada pihak UiTM yang menjemput kami sebagai panelis forum berkaitan pengurusan stress dari sudut Islam dan sains.
Apa yang menarik ialah banyak fakta yang dikongsikan oleh Dr. Zainah dari sudut saintifik berkenaan pengurusan stress sangat berkait dan bertepatan dengan panduan yang disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Banyak fakta yang disebut beliau terus mengingatkan saya pada ayat atau hadis tertentu yang membuatkan saya terpegun dengan keagungan kalamullah dan kalam Rasul-Nya dalam memberi cahaya kepada manusia.
Antara fakta penting dari Dr. Zainah ialah, beliau pernah menjalankan beberapa uji kaji terhadap mangsa "stress/depression" dengan menggunakan instrumen muzik. Beliau mengkaji perjalanan neuron dari jantung melalui otak hingga ke otot yang menghasilkan tindakan.
Namun pernah hasilnya menjadikan pesakit lebih teruk, bahkan gila, kerana sebahagian elemen muzik hanya memfokus pada 1 gelombang yang mampu merosakkan gelombang otak.
Hasilnya membuatkan mereka yang dilanda kemurungan atau dalam tekanan boleh menjadi gila atau Skizo.
Sebaliknya bacaan al-Quran mempunyai gelombang yang menenangkan dan membaiki gelombang otak.
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia” [al-Ra’d: 28].
Jadi kalau nak tenang, dengarlah al-Quran, jangan dengar muzik!
-Dr. Kamilin Jamilin-
No comments:
Post a Comment