Tuesday, 9 April 2019

Mak Ayah Dah Meninggal, Tak Perlu Baca Al Fatihah?

Shbt yg dikasihi...

Untuk mak ayah kita yang telah meninggal, bukan caranya untuk kita hantar Al-Fatihah setiap hari, dan bukan caranya untuk kita jamu makan orang masjid untuk mereka bacakan tahlilan arwah untuk kedua orang tua kita, dan bukan juga caranya untuk kita bentang tikar di kubur lalu kita ratib untuk mereka..semua ini TIDAK PERNAH diajar /dicontohkan Oleh Nabi saw utk umat..

Apa yang AGAMA ajarkan adalah kita hantar 2 doa ini setiap hari baik semasa solat mahupun diluar solat, kerana dengan doa yg SOHEH ini, ia akan  diangkat Sepantas kilat ke langit kerana ia DOA DARI SEORANG ANAK UTK ORANGTUANYA , ia akan memberi syafaat untuk mereka di alam kubur serta di akhirat kelak.

DOA YG PERTAMA.

  "Allahummagh firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu "
(Utk lelaki dn hujung perkataan 'hu' di tukar kpda 'ha' utk wanita)

Ertinya "Ya Allah, Kau ampunikanlah dosanya, berilah RahmatMu, sejahtera dan maafkanlah ia"

DOA YANG KEDUA.

 "Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghira...."
Ertinya : "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku  sewaktu aku masih kecil"

-semoga kalian dn orgtua kalian dirahmati Allah dengan istiqomah mengamalkan 2 Doa ini..

Dan istiqomah la juga utk melaksanakan zikir pagi..ia adlh SUNNAH YG SOHEH

-Jasmie

No comments:

Post a Comment