Tuesday, 9 April 2019

Kita Akan Bersama Dengan Orang Yang Kita Cintai!

Kita Akan Bersama Dengan Orang Yang Kita Cintai!

عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَجُلاً، سَأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَنِ السَّاعَةِ،
Daripada Anas radiallahu 'anhu, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tentang hari kiamat.

فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ ‏"‏ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا ‏"‌‏.‏
Lelaki itu bertanya: Bilakah berlakunya hari kiamat? Baginda menjawab: Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?

قَالَ لاَ شَىْءَ إِلاَّ أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صلى الله عليه وسلم‏.‏
Lelaki itu menjawab: Aku tiada apa-apa persediaan melainkan aku mencintai Allah dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.

فَقَالَ ‏"‏ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏"‌‏.‏
Baginda menjawab: Engkau akan bersama dengan sesiapa yang engkau cintai.

قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَىْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏"‌‏.‏
Anas berkata: Tidak pernah kami berasa gembira dengan sesuatu sebagaimana gembiranya kami dengan kata-kata baginda: Engkau akan bersama dengan sesiapa yang engkau cintai.

 قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ، وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ‏.

Anas berkata: Aku mencintai Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, Abu Bakar, dan Umar. Aku berharap agar aku dapat bersama mereka disebabkan cinta ku kepada mereka, walau amal aku tidak seperti mereka. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Ashab an-Nabiy, no: 3688].

#alkahficenter‏

No comments:

Post a Comment