Dewasa ini, kaki novel diangkat sebagai ulat buku, penggemar buku, pencinta buku sehingga ramai yang tanpa segan silu menunjuk-nunjuk novel yang dibeli kepada umum.
Saudara dan saudari, hakikatnya, membaca novel adalah sama dengan menonton filem atau drama. Bezanya, filem ditonton dan novel dibaca. Ya, mungkin benar lebih baik membaca novel daripada menonton filem, tetapi bukan itu "budaya membaca" yang kita mahukan.
Tidak dinafikan manfaat daripada novel dan karya-karya sastera lain dari segi menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa selain memahami sosiobudaya masyarakat tertentu, tetapi yang dikesalkan hanyalah apabila buku yang sebenar iaitu buku yang membina pemikiran ummah yang cemerlang seperti buku-buku ilmiah dan kitab-kitab agama diketepikan.
Selain itu, novel yang diminati ramai berupa novel picisan atau popular lebih-lebih lagi novel-novel dari Barat - yang sebahagiannya berbaur lucah - mampu mempengaruhi minda dan sahsiah pembaca tanpa disedari.
Hati-hati.
-Izzat Kutawi
No comments:
Post a Comment