APA MAKSUD 'ALLAH BERSAMA SANGKAAN HAMBA-NYA'?
#NotaBroSyarief
Ia berdasarkan hadits Qudsi di mana Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam menyebutkan bahawa Allah berkata:
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
Aku adalah pada sangkaan hambaKu padaKu
[HR al-Bukhari & Muslim]
Ibn Hajar al-Asqalaniy (w.852H) menyebutkan,
أَيْ قَادِرٌ عَلَى أَنْ أَعْمَلَ بِهِ مَا ظَنَّ أَنِّي عَامِلٌ بِهِ
(Maksud hadits di atas:) Allah mampu berbuat sesuatu (merealisasikan suatu perbuatan) atas dasar persangkaan hambaNya bahwa Allah akan berbuat demikian.
[Fathul-Bari]
Syaikh al-Mubarakfuri (w.1353H) menukilkan kata-kata al-Qurtubi (w.656H) di dalam al-Mufhim, di mana dia menyebutkan:
ظن الإجابة عند الدعاء، وظن القبول عند التوبة، وظن المغفرة عند الاستغفار، وظن المجازاة عند فعل العبادة بشروطها تمسكاً بصادق وعده،
(Maksud hadits di atas:) Seseorang hamba itu bersangkaan (kepada Tuhannya) bahawa doanya akan dijawab. Dia bersangkaan bahawa taubatnya akan diterima. Dia bersangkaan bahawa dosanya akan diampunkan. Dia bersangkaan bahawa akan diganjari segala amal ibadah yang dilaksanakan dengan memenuhi pra-syaratnya, sambil berpegang pada kebenaran janjiNya
[Tuhfatul-Ahwazi]
___
@BroSyariefShares « KLIK & SERTAI
#Sebarkan
No comments:
Post a Comment