[Tips Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud]
1. Hal yang paling utama agar boleh bangun malam adalah meminta pertolongan kepada Allah SWT dengan berdoa sebelum tidur.
Jika sudah terjaga daripada tidur maka cepat² bangun.
2. Biasakan tidur siang, 30 minit sebelum Zuhur atau tidur selepas solat zuhur.
Sabda Rasulullah SAW “Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailullah” (Hadis Riwayat ai-Tabrani)
Apa itu Qailullah ? Qailullah ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailullah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailullah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.
3. Tidur lebih awal, jangan biasakan tidur lewat yang menyebabkan sukar nak bangun tahajud.
Se-lewat²-nya jam 11.30 malam dah bersiap untuk tidur, lagi awal lagi bagus kalau tiada perkara yg memerlukan kita untuk tidur lebih lewat, maka xperlu buang masa, terus tidur!
4. Jika anda di universiti/kolej/asrama, dampingilah mereka² yg alim/nampak acah soleh tu, cuba ajak mereka bertahajjud bersama supaya sama² berjuang berusaha bangun... Kalau dapat tahu mereka² yg memang kaki tahajjud, jangan lepaskan mereka, pegang kuat² tali persahabatan dengan mereka dan cuba minta bantuan mereka untuk mengejutkan kita sekali ❤️.
5. Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya. In Shaa Allah sangat berkesan...
6. Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.
7. Sambil² berusaha untuk bangun tahajjud, pada siang harinya sambil² juga berusahalah untuk meninggalkan dosa²/maksiat², jika sering mengumpat, berhentilah, jika membuka aurat, tutuplah, jika sering melambatkan waktu, maka bermulalah solat diawal waktu... In Shaa Allah akan lebih² dipermudahkan oleh Allah SWT... Cuba kerapkan juga beristighfar masa² free, masa drive otw kelas/tempat kerja, masa memasak ke, atau bila²...
Semoga tips ni berkesan dan membantu, kerana ia sangat berkesan buat diri saya dan sahabat saya yg lain... In Shaa Allah, semoga mujahadah kita semua diterima olehNya... 💪 Jangan pernah give up!
@IRijalOfficial
No comments:
Post a Comment