Tuesday, 9 April 2019

Kisah Benar Pemuda Masuk Syurga Dgn Amalan Ni Je?

[Kisah Pemuda Confirm Syurga]

Suatu hari, ketika Rasulullah ‎ﷺ bersama para Sahabatnya berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, tiba² Rasulullah ‎ﷺ bersabda :

"Sebentar lagi akan datang seorang pemuda Ahli Syurga."

Tidak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka dan tangannya basah berwudhu, sambil sebelah tangan yang lagi satu memegang sandal. Penampilannya sangat sederhana. Tiada apa yang terlihat istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah ﷺ bersama beberapa sahabatnya sedang duduk di tempat yang sama, sekali lagi Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

"Sebentar lagi akan datang seorang pemuda Ahli Syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yang sama pun sampai. Dengan berpenampilan yang sama. Salah seorang Sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal RA. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan sebagai Ahli Syurga.

Lalu dia mencari jalan untuk dapat tidur di rumah lelaki itu dengan memberi berbagai alasan. Pemuda itu membenarkan Muaz RA tidur di rumahnya.

Malam itu, ketika Muaz RA bangun untuk bertahajjud, dia mendapati pemuda itu masih lagi nyenyak tidur sehingga ke Subuh.

Apabila Subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka membaca Al-Qur'an, tetapi ternyata yang pemuda tadi membacanya dalam keadaan ter-sangkut², dan masih lagi me-rangkak² untuk lancar membacanya. Tidak seperti Muaz RA yang fasih dan lancar sebutannya.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz RA sudah kelihatan bersedia untuk solat sunat Dhuha. Tetapi anehnya lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yang sama Muaz RA berpuasa sunat, tetapi lelaki itu tidak.

Muaz RA pun menceritakan perihal sabda Rasulullah ‎ﷺ ke atas lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah ‎ﷺ mengatakan dia Ahli Syurga. Lalu pemuda itu berkata :

"Amalan aku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al-Qur'an. Aku masih tidak mampu bangun tahajjud tengah malam. Aku juga tidak mampu lagi solat Dhuha. Apatah lagi berpuasa sunat."

"Tetapi… Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yang baru aku pelajari iaitu :
(1) Aku sangat cuba tidak menyakitkan hati orang lain. Sama ada kaum keluargaku sendiri, jiran²ku, sahabat²ku, mahu pun orang yang tidak aku kenal."

Muaz RA berkata : "Subhanallah. Lagi ?"

(2) Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan memaafkan semua orang yang membuat salah kepadaku."

Muaz RA berkata : "Subhanallah. lagi ?"

(3) Aku cuba menjaga tali silaturrahim. Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yang mampu aku lakukan.


Semoga kisah ini menjadi iktibar buat diri dan semua... Istiqomah itu penting, kuantiti tidak melambangkan apa² jika kualiti masih di tahap yg menyedihkan... Kualiti yang bernas? Buat sesuatu hanya kerana Allah SWT, berharap hanya kepada Allah SWT, dan cuba sehabis baik berusaha untuk istiqomah... In Shaa Allah 💪

@IRijalOfficial

No comments:

Post a Comment