Tuesday, 9 April 2019

Imam Syafie Hidup Untuk Islam Tetap Bimbang Pada Neraka

Imam Syafie ketika sakit sebelum wafatnya, diziarahi muridnya Al-Muzani yang bertanya khabar kepadanya, lalu Al-Syafie menjawab:

"Aku berpagi-pagi dalam keadaan aku akan berkelana daripada dunia, berpisah daripada sahabat-sahabat, bertemu dengan amalan-amalanku, meminum daripada gelas kematian, mendatangi kepada Tuhanku. Aku tidak tahu adakah rohku akan pergi ke syurga lantas aku mengucapkan tahniah kepadanya, atau rohku akan pergi ke neraka lantas aku mengucapkan takziah kepadanya".

Jika Imam agong seperti Al-Syafie yang seluruh hidupnya adalah khidmat kepada Islam, tetap merasa bimbang dan takut kepada Neraka, masih tidak merasakan dirinya berada dalam zon selesa di akhirat, apatah lagi kita yang entah berapa kelumit sahaja amalan dan khidmat untuk Islam.

-Lokmanulhakim

No comments:

Post a Comment