Tuesday, 9 April 2019

Tips Menginsafi Sifat Al-Mujeeb

Tips Menginsafi Sifat Al-Mujeeb

1- Menjawab panggilan al-Mujeeb
• Allah sentiasa menanti permintaan kita. Maka mintalah apa sahaja.
2- Mengetahui adab meminta yang betul
• Sebelum meminta, mintalah pengampunan terlebih dahulu atas dosa yang dilakukan. Jangan tergesa-gesa meminta.
3- Bersangka baik
• Jika hajat seolah-olah tidak ditunaikan, bukan bererti tidak akan ditunaikan, tetapi belum ditunaikan atau ia ditangguhkan kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik hendak Allah berikan.
4- Membantu insan lain yang meminta
• Kita sepatutnya menjadi hamba yang memberi apabila diminta oleh insan lain yang berada dalam kesusahan. Jika kita sendiri berada di situasi 'yang meminta', kita tahu betapa sukarnya keadaan itu,dan betapa kita juga mendambakan pertolongan Allah. Maka bantulah insan lain yang meminta!
Andainya kita ingin meminta dengan manusia lain, mintalah terlebih dahulu dengan aI-Mujeeb. lnsya-Allah, permintaan itu akan mudah termakbul. Hakikatnya, manusia itu pun mengabulkan permintaan kita dengan pemberian aI-Mujeeb. Subhanallah!

@IRijalOfficial

No comments:

Post a Comment