Tuesday, 9 April 2019

Tips Supaya Senang Hijrah Dan Konsisten

[Tips Hijrah #1]

1. Hati kena kuat. Niat kena betul.

- Segala amal bermula daripada niat. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, nescaya hijrah itu takkan lama. Hijrah kerana Allah pasti 'automatik' hati jadi kuat. Biasalah tu, bila tahap awal berubah, dimaki dikutuk disisihkan, kita akan menggelabah. Tapi lama-kelamaan kita akan tenang. Sebab apa? Sebab kita buat kerana Allah.

2. Doa senjata orang mukmin.

- Dalam Al-quran, Allah ada sebut, berdoalah kepada-Ku, akan Ku perkenankan bagimu. Bukti Allah itu Maha Baik. Dia suruh kita berdoa dan meminta apa saja kepada-Nya. Bukti Allah itu Maha kaya, Maha Pemurah. Jadi banyak-banyak lah berdoa. Setakat ini tiada lagi masuk buletin utama, atau terpampang di dada-dada akhbar orang yang berdoa orang yang gagal dalam hidup.

3. Sahabat yang soleh.

- Bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh sahabat kita. Saya cakap bukan saja-saja main hentam. Tapi ini berdasarkan pengalaman sendiri. Contoh bila saya duduk pondok, saya terpengaruh sahabat sekeliling untuk selalu lafaz, Subhanallah! Masya Allah Tabarakallah! Allahu! Tapi bila saya duk lepak dengan kawan Uni, saya kadang terpengaruh dengan ucapan kurang manis seperti kuajaqqqqqqq!! Bo*oh. Etc.. Sebab apa yang telinga kita dengar, akan ada satu 'record' yang terus disampaikan naik ke saraf otak.

4. Tidak berkira atas setiap ajakan ke majlis ilmu.

- Memang kita pun selalu sibuk dan ada limit masa. Student kena study, pekerja kena kerja, yang bisness kena meniaga. Tapi kalau selama 30 tahun tempoh hayat kita buat benda sama tang mana kita nak persembahkan kat Allah nanti ? Apa salahnya kita 'korbankan' masa untuk mengisi jiwa. Orang yang semangat nak hijrah selalunya sentiasa 'teruja' dengan setiap peluang. Excited nak cari majlis ilmu. Kita angan-angan nak ke syurga tapi taman-taman syurga kat dunia pun kita tak pandang. Ingatlah, majlis ilmu itu umpama taman-taman syurga, ada ramai malaikat mendoakan kita kat situ.

5. Cari suasana tarbiyah

- Kalau dulu suka simpan dan kumpul lagu korea, cuba tukar kepada zikrullah dan bacaan tilawah. Kalau dulu kat facebook, instagram, wechat, twitter asyik cakap pasal makan KFC, pastu update hari ini aku pi keyellll, hari ini aku pi Keyellll, bubuh gambar guna camera 360 berserta dengan caption " kita tak comey ", buka laman web yang asyik nak troll orang apa kata ubah perlahan-lahan. Lihat page Ulamak, Ustaz dan Ustazah yang boleh kita ikuti dakwah mereka, subsribe banyak-banyak, so home kita tidaklah penuh dengan benda-benda mengarut. Cari suasana tarbiyah ni bukan setakat di media sosial tapi juga di alam realiti.

@IRijalOfficial

No comments:

Post a Comment