[Tanda Mendapat Hidayah]
Tiga ciri menurut Imam Ghazali, tanda orang mendapat hidayah Allah :
1. Senang beribadah. Walau sibuk macam mana pun kita masih sempat dan mengutamakan ibadah, contoh solat seawal waktu.
2. Payah melakukan kejahatan. Kalau ada niat hendak melakukan kejahatan, ada sahaja halangan.
3. Sibuk dengan keaiban diri. Maknanya sibuk periksa diri dari segi amalan dengan Allah SWT dan perbuatan dengan sesama manusia, hingga tiada masa hendak melihat keaiban orang.
Jom audit diri, adakah kita memiliki ciri-ciri tersebut?
Adakah sudah cukup usaha kita untuk mendapatkan hidayah² dariNya? Atau masih lena dibuai dengan keindahan duniawi yang sementera?
@IRijalOfficial
No comments:
Post a Comment