Monday 8 April 2019

Boleh Witir Boleh Hanya Satu Rakaat?

Solat Witir boleh dikerjakan hanya dengan satu rakaat

Witir bermaksud ganjil, ianya dilakukan selepas solat isyak dan sebelum terbit fajar. Hukum solat witir di sisi jumhur ialah sunat, manakala sebahagian fuqaha pula menganggapnya sebagai wajib. 

Solat witir itu boleh dikerjakan dengan jumlah satu rakaat, namun menurut mazhab Syafie ianya makruh. (Rujuk: Al-Fiqh al-Manhaji) 

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Mulaikah (wafat 171 H) daripada hadith Ibn Abbas RA (wafat 68 H) bahawa sahabat nabi yang bernama Muawiyah RA (wafat 60 H)  pernah solat witir hanya dengan satu rakaat. [HR Al-Bukhari] 

Selain daripada Muawiyah RA, ramai lagi sahabat nabi berpendapat ianya boleh dilakukan walau dengan hanya satu rakaat seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Baghawi (wafat 516 H) dalam Syarh al-Sunnah.


- Ustaz Emran Ahmad

No comments:

Post a Comment