Tuesday, 9 April 2019

Kawal Diri Ucap Dan Buat Baik Sahaja, Kenapa?

Kita tak boleh kawal ucapan dan perbuatan orang lain, tapi kita boleh kawal diri sendiri. Ucapkan hanya yang baik. Pikirkan hanya yang baik. Walaupun orang lain mengucapkan kata-kata jahat dan melakukan perkara yang tak baik. Insya Allah akibat yang baik akan menjadi milik kita.

Rasululullah bersabda:

 لا تكُوْنُوْا اِمَّعَةً تَقُوْلُوْنَ إِنْ اَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا وَاِنْ ظَلَمُوْا ظَلَمْنَا وَلَكِنْ وَطِّنُوْا اَنْفُسَكُمْ إِنْ اَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوْا وَاِنْ اَسَاَءُوْا فَلاَ تُظْلِمُوْا (روه الترمدى)

“Janganlah menjadi suka ikut-ikutan. Kamu berkata: Jika orang lain berbuat baik, akupun berbuat baik, dan jika orang lain berbuat zalim, aku pun berbuat zalim. akan tetapi teguhkanlah pendirian. Jika orang lain berbuat baik, kamu mesti berbuat baik, dan jika orang lain berbuat jahat, janganlah ikut berbuat jahat.” (al-Tirmizi)

-Dr Umar Mohd Noor

No comments:

Post a Comment