Tuesday 9 April 2019

Apa Istimewanya Taubat? 3 Hadiah Dari Allah

Istimewa Taubat

Sekalipun sudah melakukan dosa, jangan terus berputus asa dengan pengampunan Allah SWT. Kerana, Allah SWT memberikan 3 hadiah istimewa bagi mereka yang bertaubat.

1. Ketenangan Hati.
Taubat akan menenangkan hati. Kerana dosa menjadi penyebab kerungsingan dan kesempitan jiwa.

2. Dosa Berganti Pahala.
Bukan sahaja hati tenang, tetapi segala dosa yang dilakukan akan berganti menjadi pahala.

"Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka kejahatan mereka digantikan oleh Allah dengan kebajikan." (Surah al-Furqan : 70)

3. Digandakan Rezeki.
Semakin banyak bertaubat, semakin bertambah rezeki dan keberkatan hidup.

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu. Dan Dia akan memperbanyakkan harta, anak-anak dan mengadakan kebun-kebun bagimu." (Surah Nuh 10-12)

@IRijalOfficial

No comments:

Post a Comment