Tuesday, 9 April 2019

Kisah Terkenal Anak Penjual Susu Zaman Umar

[Anak Penjual Susu]

Anda mungkin pernah mendengar kisah Saidina Umar al-Khattab dgn seorg anak penjual susu. Seorg anak perempuan yg membantah dan menegur ibunya krn cuba mencampurkan air ke dlm susu. Kata²-nya mendiamkan bondanya.

Tahukah anda siapakah dari keturunan si anak ini merupakan seorang khalifah yg hebat?

Khalifah tersebut ialah Umar bin Abdul Aziz yg tersohor itu. Iaitu cucu kpd wanita tersebut, cicit kpd Saidina Umar al-Khattab.

Kisahnya begini. Pada satu malam Saidina Umar al-Khattab bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir Madinah sbgimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin yg prihatin.

Pada ketika itu Umar telah mengistiharkan larangan mencampurkan air ke dlm susu krn ia merupakan satu jenis penipuan dlm jualan.

Akhirnya Umar duduk berehat dgn bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba² beliau terdengar dua beranak sdg berdialog:

Berkata seorg perempuan penjual susu kpd anak gadisnya, "Campurlah susu ini dgn air supaya kita peroleh keuntungan berganda hasil jualannya nanti !", katanya.

Serta-merta si anak memprotes : "Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui khalifah Umar bin Khattab?
"Umar tidak akan tahu", jwb ibunya spontan.

Dgn penuh keyakinan gadis itu pun menjawab, "Walau pun Umar tidak mengetahuinya, apakah bererti Tuhan yg menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?”.

Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dgn kata² anaknya.

Lalu bergegaslah Umar meninggalkan rumah itu sambil memberikan arahan kpd pembantunya, "Tandalah rumah ini !".

Keesokan harinya ia segera memanggil Ashim, salah seorg anak lelakinya dan bertanya: "Mahukah kamu aku nikahkan dgn seseorg yg sgt baik agamanya?".

Tanpa fikir panjang lagi Ashim pun menjawab dgn penuh keyakinan, "Ya"

[Sirah wa Manaqib Umar bin Abdul Aziz, karya Ibnu al-Jauzi]

Begitulah kisah seorg anak yg solehah telah memikat hati Amirul Mukminin utk dijadikan menantu.

Perkahwinan mereka berdua telah melahirkan seorang anak perempuan yg bernama Laila.

Laila telah berkahwin dgn Abdul Aziz bin Marwan, seorg Gabenor Mesir pada pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz Amirul Mukminin yg kelima seorg khalifah yg bertakwa, wara’ dan adil.

Namun persoalan yg bermain di fikiran ini ialah masih ada lagikah manusia seperti si anak penjual susu pada hari ini? Berapa ramaikah yg masih wujud ketakwaan seperti wanita tersebut....

@IRijalOfficial

No comments:

Post a Comment