[Keluarga yang Tenggelam dalam Duniawi]
Hari ini ramai lelaki tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, ada suami tidak mengajar isteri dan anak memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah² di seluruh dunia:
1) Suasana Pawagam
TV dan Audio yang besar²... karaoke², video² games... Anak² dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV... Menangis bila tengok drama²... Ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak² terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas²...
2) Suasana Hotel
Rumah yang dihias mewah² seperti Hotel, berhawa dingin, setiap tahun tukar sofa baharu, tilam² mewah, bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah...
3) Suasana Restoran
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran... Mewah, setiap saat dalam kekenyangan, fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja, fikir untuk penuhkan perut dan peti ais penuh dengan makanan, aiskrim sehingga pembaziran berlaku dengan begitu banyak..
Kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah berubah.
Tidaklah salah untuk meraih keselesaan, Islam juga amat menggalakkannya... Tetapi, menjadi salah jika keselesaan yang dikecapi tidak disertai dengan perasaan untuk meraih kasih dan rahmat Ilahi, malah menjadi lebih jauh dan terus jauh daripadaNya, Nauzubillah...
Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW dan Sahabat² di Madinah tidak wujud lagi iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah.
Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan Hadisdi rumah.
Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH SWT dan suasana Ilmu di rumah.
Hidupkan suasana zikir dan solat² sunat di rumah..
Rumah yang penuh dengan Nur al-Quran-Hadis, ALLAH SWT akan turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah, seterusnya keluarga akan hidup bahagia... In Shaa Allah...
Lahirkan anak2 Alim-Alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie- Daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam serta seimbang pengetahuan dunia-akhirat namun amalan ke akhirat mengjangkau amalan dunia, kerana mengejar Akhirat, dunia akan follow... Hanya mengejar dunia akan menyebabkan akhirat tertinggal jauh dari hati... Nauzubillah...
Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah² kita. Hari ini anak² kita kurang pandai, susah dengar cakap, degil, suka melawan... Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri kerana membiarkan hati anak² gelap sebab tak ditanamkan dengan cahaya Islam yang sebenar... Dibiarkan mereka terus tenggelam dalam duniawi sehingga mereka tidak lagi solat di masjid, membaca al-quran, mendengar hadis apatah lagi menghayati nilai² yang diajar Islam... Tetapi mereka pakar dalam TikTok, hebat dalam PUBG, mengidolakan oppa² kpop atau brother² barat dan banyak lagi perkara yang tidak dapat dikatakan dahsyatnya ujian di akhir zaman ini akibat kurangnya 'concern' oleh ibubapa itu sendiri...
Semoga kita semua berazam untuk berusaha kembalikan semula Islam yang sebenar dalam keluarga yang seterusnya akan melahirkan generasi Muslim yang berjaya dan sentiasa 'celik'...
@IRijalOfficial
No comments:
Post a Comment