Tuesday, 9 April 2019

Benarkah Iman Tidak Dapat Diwarisi?

Iman tidak dapat diwarisi

Ibrahim bin Ismail bin Ulayyah (wafat 218 H) merupakan seorang tokoh Jahmiyyah dan muktazilah yang sesat di Baghdad. Dia mengatakan Al-Quran itu makhluk, menafikan sifat Allah dan berbagai lagi kepercayaan sesat yang menyalahi al-Quran dan Al-Sunnah.

Tetapi bapanya, ialah seorang ahli hadith yang berasal daripada Kufah.

Bapanya pernah menjadi guru kepada Imam Al-Syafi'e rahimahullah (wafat 204 H) dan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241 H).

Bapanya juga adalah murid kepada Imam Malik bin Anas rahimahullah (wafat 179 H).

Malangnya anaknya yang bernama Ibrahim bin Ismail ini pula disebut oleh para ulama sebagai جهمي شيطان Jahmi (mengikut ajaran Jahmiyyah) dan syaitan kerana kesesatannya.

[Siyar A'lam Al-Nubala, Adz-Zahabi]

-Ustaz Emran Ahmad

No comments:

Post a Comment