Wahai Wanita Peliharalah Auratmu..
Pernah dengar kisah seorang wanita berkulit hitam Ummu Zufar atau Su’airah al-Asadiyyah? setiap kali penyakit sawannya datang auratnya kerap tersingkap. Dia mendatangi Nabi dan minta didoakan kesembuhannya.
Baginda sallallahu'alaihi wasallam menjawab, 'Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau. Wanita itu berkata, Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan beliau'. [HR.Bukhari no.5652 dan Muslim no.2576]
Kisah wanita berkulit hitam ini mengajar kepada wanita berpegang kepada hijab kerana ia merupakan mahkota kehormatan. Meski pun ditimpa penyakit namun ia memilih aurat sebagai maruahnya. Namun apa pula alasan wanita-wanita ketika ini memilih membuka aurat?
Di akhir zaman kita akan dapati, sebahagian perempuannya sudah mulai meninggalkan ilmu, semakin terdedah membuka aurat, perlahan-perlahan menanggalkan tudung, semakin hari semakin membalut tubuh. Yang menutupi tubuh semakin hari semakin minat memperagakan tabarruj. Mereka tahu, tetapi enggan melawan nafsu.
Dibentangkan Doa, setitik pena, sehalus bicara, dakwah berhikmah. Semuanya membantu tetapi tidak memberi penyelesaian menyeluruh. Melainkan perlu ada kesedaran dan mahu melakukan perubahan. Bergegaslah memayungi jasad dengan iman dan takwa. Sebelum kiamat menghampiri dunia, pintu Taubat masih terbuka.
-Syuhara
No comments:
Post a Comment